Friday, October 5, 2012

romantic spot

jom la kite berangan kejap...
su tak penah sampai agi sini...
mane la tau diberi peluang kann...
kenapa tajuknya romantic spot??
sbb kat sini ada simbol yang sangat sweet laaa... hehe
ok .. lokasinya di Namsan Tower terletak di Seoul
fungsi menari ini sebagai menara komunikasi dan pemerhati..

di menara ini juga.. di bahadian rooftop terdapat satu aktiviti yang dilakukan oleh organ bercinta di sana...
mereka akan membeli mangga.. bukan buah mangga ye.. mangga kunci tu... pastu..
diaorang tulis nama masing2.. ayat2 cinta kat situ...
pastu diaorg LOCK kat menara tu..
simbol sebagai cinta meraka dah kene LOCK~~!!
hehe

one day? maybe.. hahaha




namsan tower

tgk la tu ayat2 cinta yang ditulis pada mangga kunci

banyak nyer~~~



ni scene dalam rancangan we got married.. tgk la betapa besar mangga yang nickhun bawakk...  over sungguh.. hehe


Thursday, October 4, 2012

cute scene...


scene sebegini banyak ade di dalam drama... boleh tak nak macam ni jugak?? hahaha... lupekan je la.. patah kang org tu.. hahahahahahaha


yonghwa & park shin hye


ini cerite marry me marry


we got marrieh punya variety show

drama ape yee...


ini kim hyun jong...


ini la scene drama TTBY


drama personal taste


lastly.... changmin dlam drama paradise ranch


macam ni pun ade jugak ~~~~


credit : google

Wednesday, October 3, 2012

apa biler berliter-liter air mata keluar ~~~

oh.. bukan kerana su putus cinta..
bahkan cinta su elok2 aja.. HAHA~~

ok...su baru je habis layan cerita drama bersiri jepun iaitu '1 LITRE OF TEARS'. cerita ini berdasarkan kepada kisah benar yang telah dibukukan ceritanya yang ditulis oleh pencerita itu sendiri. cerita ini ada diterbitkan dalam bentuk movie... jadinyer durasi nya hanya sejam lebih... masih berpegang kepada jalan cerita tetapi lebih fokus kepada jalan cerita yang REAL berdasarkan buku. jika melalui drama bersiri sebanyak 11 episod dikeluarkan. jadinya durasinya lebih panjang untuk meletakkan segala emosi dan lakonan yang sangat meruntun hati. ok.. untuk pengetahuan anda... setiap episod su keluar air mata... hehe normal la tu.. kalu korang tak keluar air mata tgk citer ni.. please!! check yourself... ada hati perut ke tidakkkk~~!!!???

sinopsis :

drama ini mengisahkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun,bernama Aya yang menghidap penyakit kritkal yang tak ada ubatnya. tetapi meneruskan hidupnya sehingga usia 25 tahun. skrip drama ini ditulis berdasarkan kepada diari Aya yang ditulisnya hingga dia tidak mampu memegang pen lagi.

Aya ialah seorang remaja ceria, tidak mudah putus asa, selalu senyum dan aktif dalam bersukan. keluarganya  memiliki perniagaan tofu manakala ibunya ialah penasihat kesihatan. Aya memiliki dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. semakin hari semakin aneh keadaan Aya, dia selalu jatuh tanpa sebab dan mula berjalan dalam keadaan tidak normal. suatu hari, Aya terjatuh sehingga dagunya cedera. di hospital Aya diperiksa dan ibunya mendapati cara Aya jatuh adalah pelik keranan tangannya sedikit pun tak luka. jadinya cara Aya jatuh terus dagunya yang kena jalan. ok... doktor suruh Aya buat CT scan. dan doktor bagi tau bahawa Aya memiliki penyakit Spinocerebellar ataxia yang disebabkan oleh saraf tunjang dan cerebellum pada otak berlaku kemerosotan dan berlaku ketidakselarasan pada otot badan. sebab itu lah Aya daripada boleh berjalan, kepada berkerusi roda dan seteruanya hanya terlantar di katil.

pada asalnya Aya bersekolah di sekolah biasa dan ini menyebabkan beberapa rakan sekolahnya tidak senang dengan keadaan itu. kerana kelas dimulakan apabila hanya Aya tiba dan Aya selalu lambat kerana dia susah nak melangkah. akhirnya... satu hari Aya terdengar rakan kelasnya mangata tentangnya. huhu babak ini agak sedih kalu tgk drama ni... Haruto yang tolong Aya turun tangga dan pujuk Aya. last2.. Haruto dengan Aya menanges.. Aya tanya Haruto... "kenapa saya?"....


ini lah babak sedehhh itu :(


Aya dan Haruto... Haruto nekad nak jadi doktor untuk tolong Aya tapi tak kesampaian Aya meninggal semasa Haruto menuntut di hospital universiti dimana Aya ditempatkan. bila Hruto free.. dia pergilah jenguk Aya... sweet?? mesti laa~~


daisy merah menghiasi kubur Aya. 


ok.. jadinya.. nak tau lebeh kene la tgk eh.... untuk drama punya.. ade 11 episod je.. untuk versi filem 1 jam lebeh je.. so.. mane2 la.. tapi filem punya jalan citer cepat... tapi tetap sedeh.. 

jadinya... jadilah seperti Aya.. ada info cakap,jika di dalam buku... Aya sebenarnya tidak tahu penyakit yang dihidapinya.. dan tidak tahu dia akan mati. oleh itu.. dia menulis diari.. sehingga dia tak mampu lagi memegang pen.. sebagai bukti dia mahu meneruskan hidup... semangat die kuat untuk hidup... tetapi jika di dalam drama.. watak Aya mengetahui penyakitnya... dan tahu dia akan mati..... 10 tahun Aya berjuang... 

syukurlah.. Allah masih pinjam kan kita satu hari lagi.. syukurlah.. Allah masih bagi kita bernafas setiap pagi.....