Saturday, September 28, 2013

heloo thereeee

assalammualaikum

ok hari ni hari ahad, tak da kelas dan tak da aktiviti sangat. pagi ni pulak hujan kan.. peh .. duk pulak dalam bilik sesorang. terpikir pulak nak baut apa pepagi nie, baju dah basuh dah.. so kite haygdap blog la dlu kejap.
ok, lagi sehari , cukup la sebulan diri ini mendaftar di UMS, wohaa... bnyak menda baru yg su kene hadapi. menda baru pertama, tidur sebilik dengan org tak kenali. ok, su dari kecik sampai la umur 22 ni tak penah tidur sebilik ngan org lain. ye la, su mane penah duk asrama. tetibe umur 22 ni kne duk asrama. hehe.. alhamdullillah diri ini takda la kene kejutan budaya sangat, just anggap yg duk sebilik ngan kite tu teman kita jugak. ok, skang ni su rindu kat bilik di rumah sg isap. huwa.. my queen size katil, 2 biji bantal, 1 bantal peluk, comforter, teddy bear syg bagi. huwaaa... rindu sesangat. kat sini, katil pun standard asrama la kan, takkan nak letak queen size katil jugak.. :) . kat bilik tu rindu jugak kat meja study yg macam2 su letak.. haishhh.. jgn la balik bulan 1 nanti dah berhabuk pulak ye meja tu...

menda baru kedua, kene gi kelas naik bus, ok ok ok... su tak penah naik bus gi kelas sebelum nie. skang? kene tggu bus. kelas kul 8 tapi kene tggu bus kul 6.30 lagi. sbb kalu lewat, bus tu dah pergi merata2 dan nak balik semula kat tmpat kami tggu amat la lambat. lagi pun, kalu lewat tggu bu, nati bersesak2 dgn org lain. tak danya istilah beratur, semua dah bertukar jadi buas bila napak bus. ok seme org nak gi kelas k. :)

menda ketiga, makan makanan kafe. ok, sebelum ni kalu study di poli, mestilah mak yg masak kan. huwa rindu masakan mak. rindunya, pagi2 bukak mata mak dah sedia makanan, kat sini? malas turun bekpes kat kafe. roti la jawapan nya. sama la time lunch, kalu kat umah, mak sedia semua kan? kat sini? cari sendiri :). rindu nak makan mak masakkkkk.... kat umah!!!

menda keempat, situasi belajar yg berbeza. di UMS, pelajar tahun satu adalah lepasan matrik dan stpm. ok... dan su adalah lepasan dploma, dan semestinya su lagi tua dari diaorg. haehhh.. ok , bnyk persaingan, tau la kan, nak bersaing dengan budak matrik. diorg otak macam mana kan? kita macm mana kan? tak apalah yg penting usaha dahulu. fikir positif dlu. kalu ikutkan penat, rasa rendah diri. mmg tak boleh nak bwak diri ini di UMS. itu lah hidup kene ada jati diri, kene belajar berdikari sedikit. wpun tahap su berdikari sgt la ciput berbanding org lain. tapi sekurang2nya su merasai.

menda kelima, kat sini di sabah, kene la paham2 org sabah cakap ya~~~~ milo ping!

menda keenam, ok... dlu susah sgt nak jupe kak ina kan? nah amek kau.. 4 tahun study kat sabah. mmg lagi byk jupe dia la dari jupe mak. tak pa lah, ini kan rancangan  daripada Allah

menda ketujuh, bila dah duk jauh ni macm3 la rindu apa sahaja siapa sahaj di kuantan :) craving lila wadi chesnut chicken!! johnny steamboat!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, August 30, 2013

1 september 2013

tarikh ni adalah hari pertama diri ini melangkah ke status pelajar..
akan melanjutkan episod pembelajaran di UMS..
sebenarnya diri ini patut bersyukur dengan segala rezeki yg telah Allah kurniakan.

dlu masa kecik2.... time tu selalu berangan.. nak pergi belajar sampai kene naik flight... dan belajar dalam bidang sains...

Alhamdullillah.. telah allah bagi peluang itu... dlu ada uncle india yg jual set pembelajaran bahasa inggeris tanya su nak jadi apa bila dah besar.. tanpa fikir panjang... di umur 9 tahun itu su ckap nak jadi sainstis.

masa kecik.. kak ina selalu bawak blik buku belajarnya.. mostly about science.. ok.. so diri ini berangan laaa.... masa kecik jugak selalu tgk cerita x-files, c.s.i .... banyak melibatkan sains kan? hehe

so sekarang ini, memg la su tak jadi ahli forensik.. tapi still masuk lab untuk makanan... ok.. hafal nama bakteria.. ingat sebatian kimia... payah.. tapi diri ini cuba. usaha tangga kejayaan... su tahu diri ini tak bijak sangat.. dapat degree pun sbb diploma... tak macam yg amek matrik tu kan.. tapi tak per... perlahan lahan kayuh.

selain itu, kene tetapkan niat juga. dah dapat rezeki belajar ini, kene la aku cekalkan hati, tetapkan niat. niat belajar demi Allah, demi ilmu Allah dan demi mak. mak yg selama ini ada disamping aku, tak apa lah aku derita belajar seketika untuk 4 tahun ini. jika ini yg mak nak tgk kan? :)

ok.. esok je last aku bersenang lenang... :)

love,

sue

Tuesday, August 27, 2013

24 hari bulan ogos 2013

tarikh ni..
su kene membawa diri ini ke sabah..
pagi tu bangun pagi2... kul 8.30 pagi dah bertolak ke airport kuantan
kat airport, din dah tunggu... angkat beg semua... kak ina pergi check in beg.
aku dan din duk berbual... sambil tunggu mira.

dekat 9 lebeh.. mira still tak datang lagi.. kol dia pun die ckp on the way dan tak tahu sempat ke tak jumpe su...
perasaan time tu redha je la tak dapat jupa mira...
aku pun masuk ke balai berlepas... ade lagi dalam 20 minit kot...

tibe2 mira call..
'sue.. boleh keluar kat pintu balai berlepas tak?'
'haaa? mcm tak boleh... mira gunakanlah abah mira.. haha' panggilan tamat cam tu

dengan bantuan abah mira, bleh la mira masuk dengan din.. hehehe suka sangat~~~~~
bahagia gilerrrrrrrrrrr....
so din ngan mira pun masuk la balai berlepas....
sempat la kami berborak untuk last2 minit....
mira bagi gift.. hehehe kad nya kiut giler...

then, sampai masa untuk naik flight.. dengan berat hati aku peluk mira...
bye bye kat din.. hehehe
berjalan masuk la aku ke flight.. sambil pandang2 belakang.. bye bye kat mereka..

dalam flight aku amek seat di tepi tingkap.. seat biasa aku.. sebab selok nak tgk luar tingkap.. haha
pakai seat... bersedia untuk berlepas. ok pilot yg nak ke KL ni agak kasar... masa naik tu agak kuat... ok rasa dia macam perubahan tekanan udara.. hehe..rase sayuppp... pramugari mcm biasa.. hidang air dan kacang.. tak habis lagi kacang ku.. pilot da wat pengumuman akan mendarat sebentar lagi... amboi... su tak habis agi makan kacang.... dari kejauhan.. semakin napak la ladang sawit... then Sepang Circuit... makcik UK kat belakang seat ku sibuk duk ckp... 'owh sepang circuit' dalam dialek british nya... ok semasa mendarat, seperti su ckp tadi, pilot yg ni agak kasar.. masa die mendarat. atau name lain tayar kene landasan... flight tu terhentak kuat... mak sampai terlatah..OH MAKK!!! hahahahhahaha

ok... kami tak perlu ambik beg di klia.. just amek kat kkia nati je... gi cari toilet.. then gi marrybrown.. sempat la su makan chicken burger. pastu masuk gate A2 dan tggu flight ke KK pulak. then, pengumuman masuk .. kami pun masuk la... ok duk kat seat cam biasa.... kali ni dapat flight baru.. ada tv kat depan.. so boleh la melayan lagu, baca apa apa,atau tonton movie. su pilih tonton movie, amek citer step up.... nak tgk final dance tu je kat hujung citer... so forward la.. sambil forward tu.. dan lagi su tertido.. haha.. bile da tgk final dance tu.. su pilih music lak...dengar la yiruma punya music. lagi la mengantokkkkk... dalam flight jugak.. pramugari tanya nak ayam dengan nasi atau ikan dengan nasi. su pilih ikan dengan nasi. mcm ikan tengiri goreng tempura salut sos masam manis. ok jugak laaa.. makan la su atas flight tuuuu.....

then sampai la di KKIA, last time su dtg.. tak turun kat KKIA sbb naik Air Asia... kali ni naek MAS, so.. mendarat di KKIA la... ok sampai di kk, ambek beg.. dan naek kete kak siti.. kawan kak ina berketurunan cina. puteh melepak lepak.

ok sampai sini dlu

love,
sue

seperti biasa

seperti biasa..
bulan ramadhan pasti akan memberi dugaan kepada diri ini
16 ramadhan.. su menerima sepucuk surat daripada UMS mengatakan su diterima untuk kemasukan bulan september ini.
hati rasa gembira dan sedih dalam masa yang sama.
gembira dapat sambung belajar, sedih sbb kene tinggalkan org2 tersayang sebentar di kuantan ini.

tak apalah demi pengalaman hidupkan?

doakan terbaik untuk diriku di Universiti Malaysia Sabah.

love,

sue

Tuesday, July 9, 2013

ramadhan 2013

assalammualaikum..
lamanya tak update
sejak jadi penolong bisnes woman ni..
nak hadap korean drama pun da malas...

ok..
da masuk ramadhan 2013
Ya Allah semoga ramadhan kali ini berjalan lancar...
walaupun sungguh banyak dugaan yang Kau turunkan di bulan ini... yg pernah ku lalui...

ok..
tahun lepas sambut ramadhan di SABAHHHHH .. BOLEH bah kalu kau~~ hehe
1st time berpuasa bersama kakak ku di sabah...
heehehe..
seronok jugak... :)
bersahur awal dan... berbuka mestilah awal.. gi terawih lagi la awal..
berbuka kul 6.30 lebeh da tunggu meja da..
kadang2 duk depan tv lagi sbb citer korea 2D1N tayang kul 6 lebeh.. hehehe

pastu.. kak ina ngan housemate die blek keje.. su ngan mak da siap masak da..
ikan di sabah besar2 kalu kene time ikan segar datang...
kejang2 belaka ekor nya... fuh~~~~

tapi time puasa.. sempat agi kami gi jenjalan kat zoo sabah.. hahaha
macam tak puasa kann???
mula la balik umah letihhhhhhhh..

ok tu la kenangan tahun lepas..
tak sangkaa.... cepat masa berlalu...

Friday, March 22, 2013

kenapa suweeeettt sangat ~~~

ok ..
tajuk di atas.. berkaitan dgn satu lagu..
i know... its korean song.. and u alls will complaining like...
'paham ke???'
so.. this is the use of English translation.. dan kalu ada hamba Allah yg rajin.. akan ada malay translation..
doesn't mean the song is not in your language.. and u be prejudiced about it?? think widely~~

so.. there it is the english translation in MAN IN LOVE by Infinite
and... INFINITE is comeback.. yeay~~~

lyric :

I start humming along to love songs that I didn’t like before
All of the melodramas in the world seem like my story
I try to look good when I didn’t before by paying attention to my appearance
I’m acquiring the bitter taste of coffee
>> ok, is it man act when they are in love?? they start humming love song, they try to look the best, :) is it??
Time goes so fast and my heart grows impatient
I imagine you next to me and film a movie of my own
>> so.. masa akan berjalan pantas.. tak sabar nak jumpa??? so... membayangkan mereka hero dan heroin? :)
* When a man’s in love, he wants to stay by your side
There’s always so much he wants to do for you
When I’m in love, I want to give everything in my life to you
With just one expectation, your heart
When I’m in love
>>> so this is what Infinite Oppa tell, bile man in love... mereka nak berada di sisi kita? and do anything for us?? and give anythinngggg for us?  (*us : woman)
My cheeks get redder and my head slowly drops
I’m only looking at you as I’m on my way
My confession gushes out as if I’ve been crazily running
When a man’s in love, even if he loses ten to gain one
He gives all he has as if today is the last day so he won’t regret – all I have
>> ok basicly this is the rap part in the song, is it man acting like that in front of their girl? 
Like a young child, I keep laughing for no reason
I control myself by saying that I’m different from others
>> so... in love make u happy ?? :)
I can’t escape because I'm in too deep
The letters in my book are dancing as they form your name
As if you’re the main character of the movie, as if you’re the moon in the sky, I keep seeing you
I draw you out every day – my heart will rest only when you come into my arms
I’ll be your resting place that will never cool down
>>>> this part of lyric... what i just can say is.. sooo suweeet..... the letters in your books form my name?? i'm the main character? if i be the moon.. u will keep see me?? :) and be my resting place ?? :)
Look carefully – if you feel this, that means he’s fallen for you
If someone gives you a sign like I am right now, then please notice it
>> this part.. infinite oppa pesan kat girlsss di luar... if you notice the man in love simptom.. thats mean he is fallen for you~~~



Wednesday, March 20, 2013

merepek jap~~

high cheekbone??
macam mana nak tentukan kite dalam kategori high cheekbone??
hehehe...
su aser macam su high cheekbone.. tetapi dilindungi oleh ketembaman pipi ini.. tak berapa high plak.. haha





ok cukup la su merepek sal pipi nie.. haha

rindu di zaman study,,,

zaman study sekolah menengah~~

ok.... hemmm.. jap nak ingat~~~ firstly .. yang best nya... duduk meja sebelah mira... hari hari jupe mira.. kecuali hari yang mira tak dtg atau su yang tak dtg.. dan cuti2 sekolah. hehehe..

su ader meja yang berbalut dengan kertas warna merah kalu tak silap... kat situ ade la su letak... ape ape note.. hehe..

su penolong ketua kelas time form 4 and 5.. time form 4.. tu jadi sebab macam bidan terjun je kot... time form 5.. entah la,, tak ingat cam ne leh jadi... hehhe.. ok.. jadi penolong. kalu ketua tak dtg.. kene la su tanda kehadiran org bagi salam kat cikgu yg masuk.

ok.. time rehat.. su paling malas turun gi kantin... kalu turun pun.. makan... tu pun kalu ade member nak makan.. nak makan ngan mira mmg tak la.. dia pengawas.. .keluar rehat awal.. hehe...

subjek kegemaran? op kos la bahasa malaysia..... :) feveret~~~
tak berapa.. kimia dan add math... ok.. time masuk poli kene belajar balik jugak kimia dengan add math.. tapi time kat poli.. lect ajar best.. hehehe...


zaman politeknik

belajar cam biasa.. cuma... tak da uniform.. haha... repeat baju kurung pun malas.. bosan~~!!!! tak da nak melawa gi kelas... melawa pun.. nati masuk lab.. kene pakai lab coat.. napak baju putih tu je laaaa... hehe... but i do love laboratory~~~

lect semua sempoi.. kalu ade yg garang pun... garang sekejap.. pastu leh pulak sekepala ngan student...

paling tak suka.. kalu lupa buat assgmnt.. hehhee...

time musim hujan kat poli.. kasut akan jadi perahu.. sbb kat poli banyak tempat2 air bertakung... memg time tu pakai kasut getah je bagus... hehe.. then kat satu tangga yg tinggi.. time ujan lebat.. tangga tu jadi air terjun~~ wohaaaaaaaa....

best.. sbb ade kwan2 kelas yg sgt happening.. pening lect nak melayan...

subjek last yg buat su pening adalahhh... KIMIA ORGANIK.... adoi laaa... but i love you laa... pening2 manja... :)

su suke hari jumaat... hahaha.. sbb hari jumaat selalunya kelas satu je.. tak pun kadang2.. ada kelas petang ... tapi tetap suka jumaat.. kalu boleh.. hari jumaat pakai baju tak selekeh sikit.. hehehe.. maklum laa esok cuti...

kat poli la su ni didedahkan dengan makmal sedikit... mikrob yg belajar pun mikrob dalam makanan... :) ok la.. jadi csi makanan pun.. pun boleh :)

Tuesday, March 19, 2013

lagu yg melekat di dalam kepala beberapa hari ni~~

pink

JUST GIVE ME A REASON

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I, your willing victim

* SO.. MUNGKIN BF DIE CURI HATI DIA... 

I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

* SERIOUSLY... WHEN U WITH BELOVED ONE.. U NEVER FEEL THAT U UGLY...


Now you've been talking in your sleep
Oh, oh, things you never say to me
Oh, oh, tell me that you've had enough
Of our love, our love

*UH-OH, GF RASE BF DIA BOSAN DENGAN DIA..

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second
We're not broken just bent
And we can learn to love again

* GF SURUH BAGI SEBAB KENAPA BEGITU, SUPAYA DIAORG TAK BROKEN, JUST BENT.. AND LEARN TO LOVE AGAIN.


It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

* BAGI GF, APA YG DIA RASE TU MENYAKITKAN HATI JUGAK LA~~~


I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)

*AWWW.. BF DIE NAK PUJUK... BF DIA INGAT THEY ARE FINE... 


Your head is running wild again
My dear, we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

*SEE... BF DIA PUJUK.. HONEY.. ITS JUST YOUR HEAD RUNNING WILD AGAIN... WE STILL HAVE EVERYTHING... IT'S JUST IN YOUR MIND... / GF TETAP BERKERAS HATI~~


 You've been havin' real bad dreams
Oh, oh, you used to lie so close to me
Oh, oh, there's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

* BF PUJUK LAGI~~~


ok... lirik just repeat again and again.. no need i have to explain it again... :)

just love the lyric WE'RE NOT BROKEN , JUST BENT. AND WE CAN LEARN TO LOVE AGAIN.
This song has taught me that second chances is always be there... it just you... to use it or not~

Pray For Lahad Datu

sabah...
pertama kali jejak kali ke sabah pada tahun lalu...
macam tak percaya diri ini telah jejakkan kaki ke sabah...
bersama kak ina dan mak pulak tuu... stay kat sana sebulan pulak tu~~
best~~

pertama kali jejak kaki.. kene daftar diri kat pegawai imegresen... kat situ.. die amek ic kite.. wat ape yg patut.. then dia bagi stu slip... tu macam visa masuk sabah.. :)
ok.. then pergi makan... pertama kali... dengar org sabah panggil 'milo ais' atau ape2 air berais sebagai "milo bing'..
kalu kat belah pantai timur... teganu kelate... kite panggil 'milo beng' kan?? haa.. lebih kurang la tuu~~

ok... pastu blek ke umah sewa kak ina..
jalan raya kat sana banyak sgt 'round-board'... sebesar pinggan pun ada.. just untk syarat round dia tuu.. heheh sangat kurang untuk ada traffic light.. tapi kalu nak jumpe bulatan.. sangat banyak... patut la kak ina terer guna bulatan tuu.. :)

ok.. sabah pagi die sgt cepat... pukul 6 pagi tu.. dah terang benderang.... dan kalu malam pulak.. kul 5 tu... dah petang sesangat...
pastu kul 9.. mula la.. mata ni mengantuk awal.. hehe..

makanan kat sabah... terbaik :)
ikan besar2... semua segar2... kalu dlm belajar dlu... ikan yg dlm keadaan rigor mortis selepas mati.. adalah keadaan paling segar ikan tuu... :)
sempat la masak... ikan kembung giler besar percik, wat inti temosa, jemput udang, ketam goreng bercili, perghhhhhh~~~~~~~~~

permandangan di sabah sgt cantik... sangat dekat dengan laut yg membiru... deruan ombak menghempas pantai... pehhhh... :)
permandangan di kundasang lagi laaa.... dengan suasana sejuk nya.... kabusnyaa..... best~~~

lepastu... main ikan kelah di kg.luanti... wahhhhhhh.. bayangkan ikan mengelilingi kaki sambil gigit.. hehehe.. jgn risau.. gigit manja aje :)

jadinya,,, itu secebis pasal sabah.. yg su dapat semasa berada di sabah yang tak berapa lama tu~~ :)
owh.. lastly.. i do love ONE BORNEO ... :)

semoga Sabah aman seperti dlu...